Selasa, 28 Disember 2010

MAKSUD ISLAM

Maksud Islam dari sudut bahasa adalah ''aman'' (salam). Ia juga bermaksud serah (submit); dalam konteks ini, seseorang Muslim menyerahkan dirinya kepada mematuhi kehendak dan larangan dari tuhannya (ALLAH). Perutusan Islam telah diwahyukan (diturunkan dari ALLAH) kepada Nabi Muhammad SAW 1,400 tahun yang lalu. Ia diwahyukan melalui Malaikat Jibrail a.s dan disimpan dengan baik sehingga kini melalui kitab yang dinamakan Al Quran. Al Quran, yang merupakan kitab suci yang paling lama berada di dunia ini telah mendapat jaminan Allah bahawa ia terpelihara dari kecacatan maklumat atau penyelewengan. Seruan utama Islam adalah bahawa hanya ada Satu Pencipta alam ini dan DIA lah yang layak disembah serta Nabi Muhammad SAW merupakan hamba dan pertusanNYA di muka bumi. Pengikut agama ini digelar Muslim (orang yang menyerah diri kepada ALLAH). Kepercayaan Muslim turut meliputi keyakinan terhadap kewujudan Malaikat, kewujudan Kitab-kitab suci terdahulu, kewujudan Hari Pembalasan dan kewujudan ciptaan ALLAH. Seseorang Muslim dikehendaki menyempurnakan lima ibadah utama; bersyahadah, bersolat, berpuasa, berzakat dan menunaikan haji.Islam mengajar bahawa semua manusia lahir dalam keadaan suci. Manusia diberi pilihan memilih jalan kebaikan atau jalan kejahatan. Manusia boleh berusaha memohon petunjuk dari Tuhannya melalui keyakinan aqidah, solat beserta doa dan usaha-usaha kebajikan.

Maksud Islam dari sudut bahasa adalah ''aman'' (salam). Ia juga bermaksud serah (submit); dalam konteks ini, seseorang Muslim menyerahkan dirinya kepada mematuhi kehendak dan larangan dari FARDHU AINALLAH). P


erutusan Islam telah diwahyukan (diturunkan dari ALLAH) kepada Nabi Muhammad SAW 1,400 tahun yang lalu. Ia diwahyukan melalui MalPendidikan Islam mempunyai dua maksud.  Pertama pendidikan Islam Umum dan kedua pendidikan Islam khusus (Hasan Langgulug, 1995). Pendidikan Islam umum ialah pendidikan yang diberi kepada orang Islam dalam semua keadaan, seperti di sekolah, di rumah, di kedai, di hospital, di jalan dan lain-lain.  Ia termasuk dalam semua hal, dalam ekonomi, sosial, politik, teknik, pelajaran, permainan, sukan, pekerjaan dan sebagainya.  Pendidikan Islam khusus ialah mata pelajaran sekolah, iaitu yang termasuk di dalamnya ilmu-ilmu seperti Tauhid, Fiqah, Tafsir, Hadis, Akhlak dan sebagainaya.  Jadi, bila disebut pendidikan Islam, ia tidak semestinya bermaksud mata pelajaran agama di sekolah, malah ia  bermaksud lebih luas lagi, iaitu segala usaha untuk mendidik orang Islam menjadi muslim.
            Dengan demikian, jelas kepada kita bahawa pendidikan Islam itu ialah satu usaha mendidik insan muslim melalui nasihat, pengetahuan, ilmu, penghayatan, contoh, sekolah, rumahtangga, masyarakat, alam sekitar dan lain-lain.  Mata pelajaran sekolah ialah Pengetahuan Agama Islam atau Agama atau Ilmu Agama, atau Pengetahuan Islam.  Pendidikan Islam sepatutnya terdapat dalam semua mata pelajaran sekolah yang disampaikan oleh semua guru yang beragama Islam, manakala ilmu Agama itu merupakan satu wadah dalam pendidikan. 
Hasil daripada kajian oleh Jawatankuasa Mengkaji Mata Pelajaran Agama Islam 1974 yang dilaporkan melalui Jawatankuasa Kabinet 1979, mendapati pendidikan Islam tidak berkesan atau kurang berkesan, kerana guru lebih mementingkan ilmu dan maklumat untuk lulus peperiksaan sehingga tidak sempat hendak mendidik (Zainal Abidin Abd. Kadir, 1994). Maka pada awal tahun 1980an ditukarkan nama Pengetahuan Agama Islam kepada Pendidikan Islam dengan harapan agar tercapai hasrat mendidik anak-anak orang Islam. Lanjutan daripada itu nama Kementerian Pelajaran pun ditukar kepada Kementerian Pendidikan, Bahagian Latihan Guru (BLG) ditukarkan kepada Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Bahagian Pelajaran Agama ditukar kepada Bahagian Pendidikan Islam, dan lain-lain. 
Ini merupakan satu langkah yang baik, tetapi, jika guru tidak faham konsep pendidikan Islam dan tidak melaksanakannya seperti yang dihasratkan, apa yang dilakukan hanya memberi maklumat sahaja,  maka pendidikan Islam menjadi tidak   berkesan.  
            Sekolah merupakan institusi formal dalam proses memberi pendidikan Islam.  Pendidikan diberi berdasarkan disiplin ilmu.  Disiplin ilmu lslam khusus yang ada di sekolah ialah Aqidah, Ibadah, Akhlak, Sirah serta Tilawah Al-Quran (Lihat sukatan pelajaran Pendidikan Islam menengah dan rendah, 1997).  Selain daripada itu, pendidikan Islam juga diberi secara tidak formal melalui aktiviti kokurikulum sekolah.  Seperti bekerjasama, budaya ilmu, solat berjamaah, amanah, kebersihan, mengikut peraturan, makan beradab, tepat masa, hormat guru, mengucap salam sesama Islam, ucapan selamat kepada yang bukan Islam dan banyak lagi.  Ini semua adalah pendidikan Islam.
            Matlamat akhirnya ialah melahirkan individu muslim  yang faham Islam dan faham ilmu-ilmu Islam, seterusnya menghayati ajaran Islam dalam hidupnya dengan bahagia, berkeluarga, bermasyarakat, bertamadun, serta mendapat kesejahteraan selepas matinya.
            Pada zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman sahabat tiak terdapat disiplin ilmu seperti di atas.  Yang ada pada masa itu ialah Al-Quran dan Sunnah Rasul s.a.w.  Semua itu sumber ilmu Islam, dan tidak pun disebut sebagai ilmu Tauhid, Feqah dan sebagainya.  Apabila membincangkan konsep ketuhanan, tentang kepercayaan kepada Allah dan hari Akhirat, maka itu Tauhid-lah namanya.  Apabila membaca ayat Al-Quran atau hadis Nabi s.a.w. yang menceritakankan tentang hal ibadat zahir, maka dari segi ilmu,  Feqah-lah namanya.  Demikianlah dengan yang lain.
            Selepas zaman sahabat, dan setelah ramai orang yang bukan Arab memeluk agama Islam, maka ulama mula merumuskan isi Al-Quran dan hadis dalam bentuk matan seperti yang ada sekarang.  Kitab hadis Imam Malik, Al-Muwatta, disusun mengikut tertib ilmu Feqah, iaitu bermula dengan hukum bersuci, solat dan seterusnya.  Beliau adalah golongan Tabi’in (golongan selepas sahabat).   Hingga ke hari ini, kebanyakan negara Islam  mempelajari Islam dalam bentuk ini.  Mana-mana kitab Feqah kita dapati sekarang disusun fihrisnya mengikut susunan ini
             Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim.  Ini adalah berdasarkan sabda Nabi s.a.w. 

طلب العلم فريضة على كل مسلم

        Maksudnya:  “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam”
aikat Jibrail a.s dan disimpan dengan baik sehingga kini melalui kitab yang dinamakan Al Quran. Al Quran, yang merupakan kitab suci yang paling lama berada di dunia ini telah mendapat jaminan Allah bahawa ia terpelihara dari kecacatan maklumat atau penyelewengan. Seruan utama Islam adalah bahawa hanya ada Satu Pencipta alam ini dan DIA lah yang layak disembah serta Nabi Muhammad SAW merupakan hamba dan pertusanNYA di muka bumi. Pengikut agama ini digelar Muslim (orang yang menyerah diri kepada ALLAH). Kepercayaan Muslim turut meliputi keyakinan terhadap kewujudan Malaikat, kewujudan Kitab-kitab suci terdahulu, kewujudan Hari Pembalasan dan kewujudan ciptaan ALLAH. Seseorang Muslim dikehendaki menyempurnakan lima ibadah utama; bersyahadah, bersolat, berpuasa, berzakat dan menunaikan haji.Islam mengajar bahawa semua manusia lahir dalam keadaan suci. Manusia diberi pilihan memilih jalan kebaikan atau jalan kejahatan. Manusia boleh berusaha memohon petunjuk dari Tuhannya melalui keyakinan aqidah, solat beserta doa dan usaha-usaha kebajikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan